herm, Belogg sudah bertukar wajah.!
actually xbape puas hati sikit larh dgn yg baru neyh, sebab kecik sikit, cam xpuas tengok.
Tapi background dye chomell, tu yg ambik jugak tuh. :)
xpela, skali skala tukar, ape salah nye kan. Hope korang enjoy dgn renovation Belogg aku neyh. Okeng.!!
Hari ney nak share sikit dgn korang-korang semua. Tengah baca paper tadi, terbaca pasal satu info neyh. Info sains, diorang citer pasal 10 ciptaan terhebat yg dihasilkan oleh para saintis Islam. Semua taw kan, before org Barat cipta teknologi yg canggih, org islam dulu la yg berjaya cipta benda-benda cenggitu before diorang. That mean, kita kena bangga la jugak, sebab org Islam dulu dari org Barat, right.? okey, ada 10 reka cipta yg saintis Islam dah pon cipta dan sesetengah dari barang tu digunakan sampai hari nie. Antara nya..::
KOPI
idea asal wujudnya kopi ney bila seorang pengembala kambing bernama Khalid mendapati kambing peliharaannya menjadi lebih bertenaga selepas memakan buah kopi. Dia merebus biji-biji kopi untuk menghasilkan kopi pertama di dunia. Then, minuman tu dieksport ke Makkah dan Turki pada akhir abad ke-15. Kopi Arab dibawa masuk ke London pada 1650 oleh pedagang Turki. And sekarang minuman kopi dah pon dikenali dgn pelbagai jenis jenama di seluruh dunia. hebat kan. :)
KAMERA LUBANG JARUM
Orang Yunani kuno pada awalnya just anggap mata manusia boleh memancarkan cahaya seperti laser yg membolehkan kita melihat. Individu pertama yang menyedari cahaya masuk ke dalam mata adalah ahli matematik, astronomi dan fizik islam pada abad ke-10, Ibn al-Haitham. Beliau mencipta camera lubang jarum pertama digelar 'Obscura'.Dalam bahasa Arab, Obscura ialah Qamara, maksudnya bilik gelap. Beliau mencipta camera tersebut selepas memerhatikan cahaya menembusi lubang tingkap. Hasil kajiannya mendapati lebih kecil lubang pada camera, lebih jelas gambar yang dihasilkan.
CATUR
Permainan nie dipercayai direka oleh orang Islam di India dan digelar sebagai 'chaturanga' dlm bahasa Sanskrit, yg bermaksud mempunyai empat kaki, merujuk kepada empat peringkat bahagian tentera India kuno. Dalam permainan catur moden, pemain perlu melindungi raja mereka, tapi 'chaturanga' sebaliknya. Bentuk permainan catur moden masih mengekalkan konsep sama seperti sebelum ini.
PAYUNG TERJUN
Ribuan tahun sebelum adik-beradik Wright mencipta kapal terbang, seorang penyajak, ahli astronomi dan jurutera bernama Abbas ibn Firnas sudah melakukan usaha membina mesin terbang. Pada tahun 852 s.m, beliau pernah cuba untuk terjun dari sebuah masjid di Cordoba dengan menggunakan jubah yang dipasang bersama kayu, menyerupai kepak burung tapi gagal, Abbas tidak berputus asa, pada umur 70 tahun, beliau mencipta mesin daripada bulu burung helang dan terbang selama 10 minit. soooo amazing.
SYAMPU
Kebersihan diri adalah suatu yang harus dalam Islam, sekali gus mencetuskan idea awal untuk menghasilkan sabun dan syampu yang masih terus digunakan pada masa kini. Orang Arab menggunakan campuran minyak sayuran bersama natrium hidroksida dan wangian untuk mencipta sabun. syampu rambut yang diperkenalkan oleh pemilik Mahomed Indian Vapour Baths pada tahun 1759, yg turut menawarkan khidmat mencuci rambut kepada Raja George IV dan William IV.
TEKNIK PENYULINGAN
Teknik penyulingan berdasarkan tahap didih cecair dicipta sekitar tahun 800 s.m. oleh saintis terkemuka Islam, Jabir ibn Hayyan. Beliau banyak melakukan penyelidikan dalam bidang ilmu kimia. Jabir turut menemui beberapa jenis asid yang diubah untuk menghasilkan pelbagai jenis wangian. Beliau juga adalah bapa kepada pengasas ilm u kimia moden yang sangat menekankan eksperimen secara sistematik.
ACI ENGKOL
Aci engkol digunakan pada logam berputar yang meyambungkan engkol dengan rod penyambung bagi menukar gerakan berpusing. Ciptaan itu juga menjadi salah satu penemuan mekanikal terpenting dalam sejarah manusia. Ia dicipta oleh jurutera Islam, al-Jazari yang juga digelar sebagai 'bapa robot' kerana turut menghasilkan jam mekanikal pertama yang berfungsi menggunakan air.
BAJU PERISAI
Sejarah rekaan pakaian dua lapisan kain dan bahan penebat yang dijahit bersama masih tidak jelas. Ini kerana tidak diketahui sama ada ia dicipta oleh orang Islam atau diimport dari China atau India. Bgaimanapun ia dipercayai ti ba di negara Barat melalui tentera semasa perang Salib. Baju perisai digunakan sebagai pelindungan daripada serangan musuh pada era tersebut.
SENI BINA BERLENGKUNG
Rekaan lengkung di kebanyakan negara Eropah dipinjam daripada ilmu seni bina Islam. Ia menjadikan bangunan kelihatan lebih tinggi dan besar. Orang di Barat dan beberapa istana di Eropah juga meniru seni bina dalaman dan teknik reka bentuk luar bangunan yang dicipta oleh arkitek Islam.
ALATAN PEMBEDAHAN
Kebanyakan rekaan alatan utk pembedahan moden adalah sama seperti yang digunakkan oleh pakar bedah al-Zahrawi pada abad ke-10. Pada abad ke-13, seorang lagi ahli perubatan Islam, Ibn Nafis mengkaji peredaran darah dalam badan manusia, iaitu kira-kira 300 tahun sebelum ahli fizik Britain, William Harvey melakukan penyelidikan itu.
Subhanallah. Rupanya dalam Islam, ramai cendikiawan yang bijak pandai.Islam is beautiful. I'm proud to be Muslim.! AMIN.
0 budak baek tengah komen :):
Post a Comment