Wednesday, May 18, 2011

** Bidang kerjaya Perempuan, tapi dikuasai Lelaki


Salam semua..!!

hye peeps.!
so, korang buat apa hari nie.??

haaa...
barang siapa yang tak tahu nak  buat apa tuh..
mehmeh.... nak SHARE satu Topic hot dengan korang semua...;DD
**hot KAH....?? 

Korang perasan tak, lately ney almost semua bidang kerjaya yang "sepatutnya"
jadi pilihan wanita, sekarang turut jadi pilihan LELAKI. haahh.???
teng..teng..teng.. hahaa...;DD

Haaa.., korang perasan ke tidak.
aku baru perasan kot. tu pon lepas baca satu entry dekat satu blog ney. 
dalam satu kerjaya yang sepatutnya jadi pilihan para wanita kat luar sana tu, kalu 
buat research balik, MAJORITI, lelaki lebih ramai. EVEN ada jugak pekerja wanita.
*ape aku merepek ney. tapetape, information yang saya bagi ney betul okey. :)* 

Okey, kat sini aku senaraipendek kan bidang-bidang kerjaya wanita yang
agak nampak agak ketara dikuasai oleh para Lelaki.
-
-
-
-
1) Fesyen.
Macam yang kita tahu, wanita dengan fesyen memang sebati la kan. Walaupun tak semua ikuti perkembangan fesyen, tapi golongan wanita yang lebih mementingkan penampilan berbanding dengan lelaki.

Tapi (ada tapi yaa..) kalau kita tengok secara mendalam tentang fesyen, di bahagian atasan seperti pereka fesyen, penasihat fesyen atau orang yang terlibat, majoritinya adalah lelaki. Contohnya, macam pereka kasut terkenal, Dato' Jimmy Choo, fashion designer, Rizalman dan Micheal Ong. :)


2) Masakan

Memasak sangat-sangat sinonim dengan wanita. itu memang tak dinafikan. Yela, kalau tidak takde la sampai orang tua-tua selalu cakap, kalau nak kahwin, kena pandai memasak dulu. ehee. Kalau tidak nak bagi husband dengan anak korang makan apa kan. sebab tu perempuan handal dalam bab memasak nie. 

Tapi, di bahagian atasan seperti chef terkenal di hotel-hotel terkenal, kebanyakan dikuasai oleh para lelaki. korang sebut je Chef Wan, siapa tak kenal. kalau tanya pelancong asing pon, silap-silap diorang kenal taw. selain tu, kita ada Chef Ismail. Itu antara chef-chef terkenal la. Sebenarnya memang nampak ketara yang lelaki kuasai kerjaya masakan nie. kalau tak percaya, cuba korang usha sket dekat kedai-kedai makan, restoran ke, kebanyakan tukang masak dia semua lelaki. Betul kan.?? memang memasak amat sinonim dengan wanita, tetapi bidang kerjaya lebih dikuasai oleh lelaki. :)


3) Andaman/ Solekan.

Bersolek dan berdandan memang tak payah terang panjang-panjang lah. Wanita kalau tak bersolek, memang tak sah. kankan. aku pun setuju dengan statement tu. :) Tapi, dengan bersolek, boleh ke secara automatiknya kita menjadi 'pakar' solek.? ohh. tidakkk.


Okey, katakanlah jurusolek artis, orang atasan, tak pun pengantin. Kalau tengok dengan lebih teliti, yang lebih arif tentang bab-bab solek-menyolek nie adalah lelaki. Tak kira la lelaki tu lelaki tulen ke, ataupun lelaki yang dah tak berapa nak tulen, or in other word is 'maknyah'. Tapi, musyil jugak sebab,iyalah, kita yang perempuan nie punyalah bersolek almost everyday. Kadang-kadang tu, ada yang nak tidur pun, sempat bersolek lagi. Bukan sekejap, sometimes sampai 2-3 jam. Tapi, bidang kerjaya andaman/ solekan nie tetap dikuasai oleh lelaki. HAHA.. dunia dunia.. :)


So, conclusionnya, aku rasa orang kat luar sana uh takde la rasa pelik sangat tentang hal ney. sebab benda tu macam dah jadi trend sekarang ney. lelaki connquer kerjaya wanita. dan sebaliknya, wanita sekarang pon kebanyakkan nya conquer kerjaya lelaki. tak gitu...??

fikir-fikirkan ya.. 

Assalamualaikum..
tak jawab dosa, jawab...

SAAYANNG AANNDAA .!




Anda comment, anda super awesome.!

0 budak baek tengah komen :):