Monday, August 20, 2012

#care about others ?

.Assalamualaikum.


2nd day of Syawal. alhamdulillah. masih bernafas.


Lately nie, err, actually dari awal puasa haritu, macam macam pikir. tetiba masa tengah bulan puasa, ada crisis pulak dengan someone nie. sampai nak hujung puasa. debat punya debat. hambek kau, dia senyap, aku pun senyap. haaahh, senang kan. sometimes, silent is better -.-


Pernah aku terfikir, aku selalu fikir pasal orang lain, macam mana dorang sekarang, if ada masalah, masalah dorang tu agak agak dah selesai ke belum. tapi, dorang pernah ke fikir pasal aku ? ke aku je selama nie yang sibuk care pasal dorang, haha, sedangkan dorang langsung, entah entah tak ingat dah kot dekat aku nie. aku luah semua nie bukan nak raih simpati ke apa. cuma, yelahh, kadang kadang, bila duduk sensorang, terfikir jugak pasal semua nie.


Penat. kadang kadang tiba tiba timbul rasa penat dalam diri. penat kisah pasal hal orang lain, penat kisah pasal masalah orang lain, tapi dorang pernah kisah pasal aku. hahaha. tapi takpe, aku jenis, kalau orang tak kisah, nak buat macam mana kan. hanya mampuuuu, senyum. Yes, smile even though deep inside, you're hurt. nobody knows. only Allah.


Kadang kadang, aku rasa dalam satu satu benda, aku yang exited terlebih, sedangkan yang lain biasa biasa je. honestly, rasa nak menangis. tapi tatahu apa motif airmata nie nak menitis. aku mengaku, aku memang SENSITIF. tapi sensitif aku bertempat. ada juga rasa tak dihargai. okey. ini umum, bukan hanya dalam perhubungan sahaja, again. umum. dalam persahabatan pun bolee jadi. tapi aku tak pernah rasa nak ungkit semua tu. sebab aku rasa tak perlu. cuma, yelah, aku pun manusia, yang ada hati , perasaan. kadang kadang rasa macam orang bodoh pun ada. buat baik dengan orang, tapi apa yang orang balas? haha. but , frankly speaking, aku tak pernah kisah semua tu. sebab aku bukan jenis, bila tak puas hati, mengungkit semua benda benda yang lepas.


tujuan meluah perasaan di sini pun, bukan nak meraih apa apa, cuma sekadar meluah perasaan. sebab aku jenis kalau sentap atau apa, aku akan senyap. yaa, kawan kawan pun dah masak dengan perangai aku. tak mintak dipujuk pun. tapi cukup sekadar faham aku nie macam mana. tapi orang cakap, biar orang buat kita, jangan kita buat orang. yess, aku berpegang dengan prinsip tu. orang nak buat aku, buat lahh. bukan aku tak nak melawan. selagi aku mampu nak pertahankan apa yang betul, insyaAllah, aku akan buat. tapi kalau dah sampai tahap aku rasa PENAT, aku rasa FED UP, yaa, mungkin berdiam diri itu lebih baik. daripada benda yang kecik jadi lebih besar. kan. 


aku mengaku, aku bila marah, atau maybe sentap atau terasa, aku suka diam. diam dan nanges sorang sorang. menangis sampai aku penat. itulah aku. hahahaa. 


even aku banyak kali terasa dengan sesapa pun, aku still okey dengan dorang. mungkin dorang buad macam tu bersebab. aku faham. tapi teringin nak ada orang yang betul betul faham diri aku macam mana. 


*sekadar luahan. tiada unsur apa apa.
Assalamualaikum . 


much love, Adilla .


Anda comment, anda super awesome.!

0 budak baek tengah komen :):