Wednesday, January 7, 2015

.Nokia 215.

.Assalamualaikum.


.Haritu saja lah scroll wall facebook. Tetiba nampak satu post menarik pasal sebijik phone nie. hahahah. Takpe, aku bagi korang layan dulu video nie ;)




.Dah tengok? goooooood. Aku pun macam tertarik je dengan model Nokia keluaran terbaru dorang nie. and mostly comment yang aku baca dekat website Amanz.my nie, dorang cakap handphone nie sangat sesuai untuk digunakan bila tiba-tiba ada waktu-ii darurat atau bencana. Contoh nya, macam baru-baru nie, banyak negeri dilanda banjir kan. Haa sangat lah okay sebab bateri Nokia 215 nie boleh bertahan paling kurang selama 29 hari untuk versi satu-SIM dan 21 hari bateri bertahan untuk dual-SIM. Nokia 215 nie jugak ada torchlight. Memudahkan pengguna menggunakan nya pada waktu gelap.


.Kelebihan lain yang aku boleh rumuskan, selain daripada kelebihan bateri yang mampu bertahan hampir sebulan, benda special yang ada:

-Facebook, Facebook Messenger & Twitter untuk tujuan sosial.
-Apps Opera Mini & Bing Search.
-Bateri tahan lama.
-Mp3 & radio FM. Boleh memainkan lagu lebih 45 jam.
-Mempunyai lampu suluh.

.Kalau tanya aku, memang benda yang aku utamakan ialah bateri. Penting kot. hahahah. tambah-ii bila tiba "time nazak". Haaa nak berhubung dengan orang semua, tetiba battery innalillah, tak ke merana hati. Lepastu terus jadi biol tak tahu nak buat apa kan. Lampu suluh pun penting. Tetiba lah engko tengah sedap makan, tup tup blackout, memang tangan tu gagau merata nak cari lilin nak cari lighter bagai. hahahahahah. sooooo lampu suluh sangat function okay.


.Harga pun cun, RM102. kira okay lah tu kan. Kalau ko nak handphone murah-ii, beli jela handphone mainan yang adik-ii engkorang selalu dok admire kat kedai tu :D and Nokia 215 nie kalau nak dijadikan baby kedua selepas baby pertama uollss yang hebat gile tu pun sangat lah sesuai. at least boleh jadi phone penyelamat kita ye dak :)


.Till then. Bye!


.AdillaBsharudin.




Anda comment, anda super awesome.!

0 budak baek tengah komen :):