Friday, June 10, 2011

7 perkara paling tua di dunia :)

Salam semua.

hye peeps.!

sorry sesangat sangat, sebab dah lama tak  di hUpdate belogg nie.

Okey, tadi tengah baca majalah Ujang. theee
mabuk ape ntah, tetiba aku baca majalah nie :)
lepas tu, tertarik dengan info yang diorang share dengan readers. pasal 7 perkara paling tua di dunia.

jom usha jom.!!




7 perkara paling tua di dunia.

1. Instruktur Yoga wanita tertua di dunia  (85 tahun)
Bette Calman berusia 85 tahun, sehingga kini beliau masih mengajar seni gerak yoga yang memiliki banyak manfaat bagi manusia. Walaupun tubuhnya sudah dimamah usia, namun kelenturan dan kelincahannya mungkin boleh menewaskan ramai orang yang jauh lebih muda daripadanya. Selama 40 tahun beliau mengajar yoga menjadikan dirinya begitu berpengalaman.

2. Wanita tertua yang masih mampu melahirkan anak  (70 tahun)
Rajo Devi Lohan berasal dari India, setelah 40 tahun lamanya dia menunggu untuk memiliki seorang zuriat, akhirnya pada usianya yang ke 70 pada bulan November tahun 2008 lalu dia melahirkan seorang buah hati yang ditunggu-tunggu sekian lama. Jika tuhan mengkehendaki apa yang tidak boleh terjadi.?

3. Kembar siam melekat tertua di dunia  (60 tahun)
Mzureen Galyon tidak pernah terfikir bahawa anaknya yang bakal dilahirkan adalah kembar melekat pada tahun 1951.Dalam perjalanannya paramedik sudah berusaha mencuba kemungkinan keduanya mampu dipisahkan. Namun, kerana risikonya terlalu tinggi maka langkah tersebut tidak diteruskan. Ketika ini Ronnie dan Donnie yang melekat di bahagian perut itu sudah berusia 60 tahun, namun tetap tabah dan sabar menjalani kehidupan mereka di Dayton, Ohio, Amerika Syarikat.

4. Ayah tertua yang masih mampu memberikan zuriat  (90 tahun)
Ranu Ram Jogi, lelaki yang berasal dari India ini sudah mempunyai anak seramai 21 orang dan kali ini yang terakhir ia memiliki keturunan dari isteri keempatnya ketika dirinya berusia 90 tahun. Jumlah anaknya ialah 12 orang anak lelaki dan 9 orang anak perempuan serta 20 orang cucu.

5. Kucing tertua di dunia  (29 tahun )
Walaupun sekarang ia sudah tiada lagi namun rekod ini pernah tercatat di Guinness Book tahun 1999, ketika usianya 29 tahun. Spike nama kucing ini akhirnya mati pada 31 Julai 2001. Pemiliknya Mo Elkington, seorang ahli aromaterapi dari Dorset, England membeli Spike pada tahun 1970. Antara rahsia panjang umur kucing ini adalah selain diet. ia diberi makan lidah buaya agar terhindar dari reumatik ( penyakit radang otot dan sendi )

6. Model terlama dan tertua di dunia (82 tahun)
Nenek bernama Daphne Selfe yang berusia 82 tahun ini sudah berkecimpung dalam dunia model dan catwalk selama 62 tahun, namun kariernya begitu gemilang dalam dunia model. Walaupun usianya sudah senja si nenek ini tidak pernah merasa malu untuk kekal tampil di depan public berjalan memperagakan gaya catwalk. si nenek ini biasa tampil untuk memperagakan demostrasi busana dari Dolce, Gabbana, Tata Naka dan Michiko Koshino.

7. Seruling (Flut) tertua di dunia  (35000 tahun)
Seorang ahli arkeologi mengatakan bahawa budaya sudah berkembang di Eropah, manusia ketika itu sudah mengenal peradaban moden. Sebuah pasukan dari Universiti Tuebingen menemui seruling ini dan 12 lembar grifon dari sebuah gua di Jerman Selatan dan menurut pakar arkeologi tersebut, usianya sudah memcecah 35000 tahun.

haaah, amacam. aku baca pun, agak terkejut jugak. thee.. +_+"

yang tak tahan tu, kucing pun diet taw. jangan maen maen nyahh.!! 

So, enjoy your readin' yaa.! just wanna share something dengan korang.

bye peeps.!

ASSALAMUALAIKUM.
<3



Anda comment, anda super awesome.!

0 budak baek tengah komen :):